CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

termeterai ikatan suci bersama encik izam tercinta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

kehadiran putera sulung ku ke dunia..

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

kehadiran puteri pertama melengkapkan kehidupanku..

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

hidup ku bertambah ceria dengan kehadiran puteri ke-2..

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Monday 31 May 2010

hari kedua tanpa afiqah di sisi..

01/06/2010 - Selasa

jam 10.30 pg, aku telefon kampung..nak bercakap dengan puteriku..hari ni dia dah nak bercakap dengan ibu..tapi hanya "ya" dan "ya" saja..takpe sayang..ini perkembangan yang baik..

ibu bagitau kat afiqah yang ibu sayang afiqah..

hari pertama tanpa afiqah di sisi..

31/05/2010 - Isnin

bangun tidur..ibu terasa seperti afiqah ada di sisi ibu..tapi hakikatnya afiqah di kampung..tak tertahan rasa hati..langsung tak ada mood nak pergi kerja..aku mengambil keputusan untuk 1/2 day hari ni..nasib baik bos say ok..

hari pertama hidup ibu tanpa mu sayang..

jam 2.30 ptg, aku cuba telefon kampung untuk bercakap dengan puteriku..tapi abah kata, afiqah cuma gelengkan kepala..huhuhu..sedihnya hati ibu nak..afiqah merajuk ye sayang..maaf kan ibu nak..

malam jam 10.00, aku dan encik izam cuba telefon afiqah lagi, tapi emak kata dia dah tidur..then amak kata, siang tadi afiqah kata..abah pegi work, sebab nak belikan iqah baju..baju yang cantik-cantik..huahuahua..sayu nya hati aku..then emak kata lagi, afiqah bgtau kat nenek..dia sayang abah, ibu dan along (syahmi)..


maafkan ibu sayang..

30/05/2010 - Ahad

hari yang dinanti tiba..setelah 3 hari ibu dan abah bisikkan di telinga afiqah..yang ibu dan abah terpaksa tinggalkan afiqah di kampung..kini harinya telah tiba sayang..

jam 3.30 ptg, ketika afiqah nyenyak tidur di depan tv, ibu dan abah terpaksa tinggalkan afiqah di kampung..air mataku tak tertahan lagi..berderai tak henti-henti sepanjang perjalanan dari muar ke shah alam..maaf kan ibu nak..

syahmi ikut ibu dan abah balik ke shah alam..coz dia ada exam..mid year exam. (baru 5Y tu..layan kan aje lerr)..

syahmi : ibu..kenapa ibu cry?
ibu : ibu sedih sayang..
syahmi : kenapa ibu sedih?
ibu : sebab ibu and abah terpaksa tinggalkan adik sorang-sorang kat kampung sayang..
syahmi : kenapa kita tinggal kan afiqah sorang-sorang kat kampung ibu?
ibu : sebab..bibik dah lari..tak ada sapa nak jaga adik kat rumah nanti..
syahmi : habis tu nanti sapa nak jaga ami bu?
ibu : ami..ami duduk kat school sampai petang ye..nanti ibu balik work, ibu fetch ami ye..
syahmi : kesian adik kan bu..(dia pulak yang mata dah bergenang..tunggu masa nak mengalir je..)
ibu : ibu terpaksa sayang..nanti friday kita balik kampung ye..kita jumpa adik..
syahmi : ok ibu..tapi kesian kat afiqah kan bu..dia kena tinggal sorang-sorang kat kampung..(nah, air mata dia pun mengalir..)

sayang juga dia kat adik dia yang sorang tu..even kat rumah selalu je nak berperang (alah..budak-budak kan..biasa lah tu)..

keputusan yang amat berat..

29/05/2010 - Sabtu

kesian puteri kesayanganku..ibu dan abah terpaksa membuat keputusan ini sayang..ibu dan abah terpaksa tinggalkan afiqah di kampung bersama atuk dan nenek..walaupun berat untuk melakukannya..kami terpaksa sayang..

terima kasih semua..

28/05/2010 - Jumaat

aku bersyukur dikurniakan keluarga yang sangat2 supportive dan mengambil berat akan diriku..terima kasih emak..terima kasih abah..terima kasih semua..terutama encik izam tersayang..I LUV U sayang..

aku rasa tanpa mereka aku takkan sekuat ini untuk menghadapi dugaan yang datang bertimpa-timpa..

hari yang meletihkan...

27/05/2010 - Khamis

seawal jam 8.30 pagi, aku menerima panggilan dari my sis..dia bagitau yang maid aku menghubungi maid dia..

maid lari entah ke mana..

26/05/2010 - Rabu

kejadian yang tidak kusangka-sangka akan menimpa kami sekeluarga...apabila maid ku lari dari rumah, meninggalkan puteri kesayanganku di taman permainan..kejam tak???

hari ni aku on MC, coz kan semalam aku jatuh tergelincir di bilik air office..so doctor pun bagilah aku MC..lepas solat subuh, aku tidur semula coz badan sakit and bisa sangat-sangat..puteriku pula, bila nampak ibu tak pergi kerja, dia pun sibuk tak nak pi school..tapi dia duk main-main dengan bibik kat luar bilik..aku meneruskan pertiduranku sampai dekat pukul 11.00 pagi..

jam 11.50 pagi, bibik dah sibuk-sibuk ajak afiqah turun ke taman untuk ambil along (syahmi)..dia kata takut along tunggu lama..tapi aku rasa pelik, selalunya dia akan turun dalam pukul 12.15 tgh camtu, kenapa hari ni mcm tergesa-gesa je..tapi aku ingat tak ada apa-apa yang perlu dibimbangkan..

jam 12.15tgh, tiba-tiba pintu rumahku diketuk orang..uiks..bibik tak bawak kunci rumah ke?bisik hati kecilku..ku biarkan saja pintu tu diketuk..ku ingat along or afiqah main-main..tapi, still tak masuk-masuk budak-budak ni, aku jadi pelik..so aku pergilah buka pintu (to be continue)


jatuh tergelincir ketika mengambil wudhu..

25/05/2010 - Selasa

bermula episod duka dalam hidupku..

takku sangka..hari ini aku akan tergelincir di bilik air office ketika nak mengambil wudhu..aduih lah..sakitnya ALLAH je yang tahu..jatuh terlentang di ketika usia kandungan ku menjangkau 33 minggu..bayangkan lah..

hati rasa berdebar-debar, takut ada apa-apa yang akan terjadi pada kandunganku..terus aku hubungi encik izam ku..minta hantar aku ke klinik..

aku keluar office menuju ke rumah yang jaraknya hanya 7km sahaja..tapi..terkejut aku, bila sampai di rumah, encik izam dah tunggu..uiks..abang terbang ke? dia dari subang jaya tu..lebih 30km tu..aku yg hanya 7km pun baru je sampai..abang..abang..

sampai di klinik razana (my gynea), doctor pulak tak ada..pehtu kena lah cari klinik lain..tapi alhamdulillah, setelah doctor buat scan, heart beat bb ok, then movement bb also ok..terima kasih ALLAH..