CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

termeterai ikatan suci bersama encik izam tercinta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

kehadiran putera sulung ku ke dunia..

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

kehadiran puteri pertama melengkapkan kehidupanku..

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

hidup ku bertambah ceria dengan kehadiran puteri ke-2..

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Monday, 25 April 2011

alisha demam..

25/04/2011 - Isnin

actually alisha dah demam since last friday lagi..ibu suspect alisha nak tumbuh gigi..sejak 9 months yang lalu, alisha belum pernah demam..ini 1st time dia demam..kesian anak ibu..

yesterday send her to clinic..but not our family clinic lah..coz Klinik Razana a.k.a Razana Family Medicine Specialist tu not open on sunday..tapi, cam biasalah..tak puas hati..nak kena pi Razana gak..

so hari ni zue amik emergency leave to send baby alisha to clinic again and to take care of her..kesian sangat-sangat..asyik mama..mama..mama aje..lembik sungguh dah dia..dr razana kata, kalau wednesday ni still not recover..kena mai clinic lagi..semoga alisha sayang cepat sembuh ye nak..





kesian tak baby alisha yang sedang demam nak tumbuh gigi..


monyok je muka anak ibu nie..selalunya dia ceria-ceria aje..


tengok tu..baby alisha nak tumbuh gigi..semua benda dia nak geget..

pesta buku antarabangsa kuala lumpur!!!

24/04/2011 - Ahad

terjah pesta buku antarabangsa kuala lumpur @ pwtc pulak!!!

actually dah almost 8 years kahwin dengan encik izam..boleh lak zue tak perasan yang suamiku itu adalah "ULAT BUKU"..patut lah bila pegi mana-mana..dia suka beli buku..tak kisah lah buku apa..magazine ke..buku-buku ilmuan ke..falsafah ke..tapi yg penting, dia tak minat novel hoke..hehehe..

so..bila dia tau ada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kat PWTC..apa lagi kan..menggelintin lah dia ajak wife dia ni pegi..diangkut nya sekali si along and angah..ce tengok..ce tengok..buku apa je yang encik izam sambar..


jom tengokkkkkkkkk apa yang ada.....



hah..tu dia..sapa-sapa yang belum pi tu..sila-sila lah pi ye..ada masa lagi..


semoga kami semakin dekat dan mengenali Baginda Rasullullah S.A.W..insyaALLAH..


encik izam kata.."abang kena belajar caner nak jadi leader yang baik ni yang.."


yang ini..terlupa nak tanya encik izam..kenapa ek dia beli..


tak ada kena mengena dengan fahaman politik katanya..dia mmg minat Dr. M nie..



encik izam kata..dia kena tahu juga tentang politik..tak banyak, sikit pun jadi lah..


       herrrrrmmmm..no comment..dia kata just for 'bacaan ringan'..


yang ini untuk along a.k.a syahmi..


        
ini pulak for angah a.k.a afiqah..


syahmi tanya "ibu punya tak ada ke?" tau apa encik izam jawab.."selagi ibu tak abis baca buku yang dah lama tak khatam-khatam tu..ibu tak leh beli buku lain.." 
(buku ni zue baca dari dalam pantang hari tu..dah 9 bulan tak habis2..huhuhu..)


al-maklum..bulan 6 nanti kami nak cuti-cuti malaysia ke terengganu..coz menghantar my sis sebelah husband dia..so, encik izam kata..better kita sediakan payung sebelum hujan..hehehe..



yang ni..encik izam dah beli lama dah..masa day launching tu..sekali tengok, kat popular bookstore ada buat sale..20% discount tu..instead of RM100 masa encik izam beli tu..la ni dah RM80 aje..kihkihkih..

pureen sale!!!

23/04/2011 - Sabtu

terjah pureen sale!!!





23-24 April 2011

Pureen Stock Clearance Promotion

[SNS : Check out the previous Pureen Warehouse Sales in Aug 2010 + Nov 2010]

Products Offered
Baby Diapers
Baby Apparels
Baby Toiletries Baby Accessories
INCO Adult Diapers
Adult Toiletries
Sanitary Pads
Maternity Pads

Brands Offered
Pureen
Pride ‘N’ Joy
Pureen Basic
Tracia Toiletries
Dr Mist

Time: 10am - 6pm

Terms
VISA & MasterCard accepted for purchases above RM150

Location (Tel 603 7628 8888) – MAP
Summit Company (M) Sdn Bhd
Lot 6 Jalan 19/1
46300 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia



Friday, 22 April 2011

anna's farewell..

22/04/2011 - Jumaat

actually the big event is for anna's farewell..but at the same time..yesterday was her birthday and today is ziera's birthday..masa bulan February hari tu, baby's birthday..then last month was joe and ayie's birthday..so kitaorg sekaliharung lah wat celebration nie..hehehe..

kami plan nak dine-in kat pizza hut kat subang 2 tu..tapi si fahmi and ad pulak tak nak..depa ni adalah contoh lelaki-lelaki yang ala-ala manja gitu..tak mau keluar kata nya..alah hai..so terpaksa lah take away saja..


jom layanzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz!!!

heppi besday adik-adik..semoga panjang umur dan murah rezeki ye..


ini lah kami..owh, anna and ziera tadek lah pulak..


fahmi..cam biasa..dia lah yang paling over excited..hyper gitu..


ini lah mereka-mereka yang diraikan..tapi mana lak si ayie nih?


hehehe..ini lak bahagian aku..jom nggggaaaaapppppp!!!


Thursday, 21 April 2011

sayangi lah isteri anda..

21/04/2011 - Khamis

Sharing is Caring..



PETUA RUMAHTANGGA : Wanita dimata seorang Lelaki





Seorang lelaki balik rumah...dia jadi hairan giler halaman rumah berselerak surat di peti pos tak berambil anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang camping, penuh dengan tanah dan kotoran rambut tak bersikat, tak bermandi, masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut ruang tamu lagi teruk berselerak lelaki itu melaung nama isterinya....sepi tiada jawapan masuk ke dapur sinki penuh dengan pinggan mangkuk tidak berbasuh periuk tidak bercuci mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak masuk ke bilik air baju masih belum berbasuh apatah lagi berendam lelaki itu cemas mencari isterinya dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku


"awak sakit ke?"..tanya lelaki itu "tak lah", jawab isterinya ringkas
"kenapa teruk sangat rumah kita hari ni", tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam.
balas isterinya "wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah seorang suri rumah, duduk di rumah tidak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang.....

NAH,HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI"

Best baca sampai abis!!!. It's true.

To share..Dari Ilham seorang lelaki...

"Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus
membebel,merengek atau mengilai seperti pontianak. Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan...

"Ibu, ibu...engkau lah ratu hari ku....."

Bagaimana rasanya sehari tanpa ibu? I dunno lah anak-anak sekarang,tetapi when i was small, sekiranya emak tiada, semua jadi serba tidak kena! Usahkan seminggu, dua hari sahaja dia tiada dirumah, hidup bagaikan dah tak bermakna. Memanglah, mula-mulanya emak keluar rumah, hati melonjak HAPPINESS!!! Kalau mak tak ada, telinga boleh lega sebab if she's around, for sure 24 hours tak habis-habis berleter.... pottttt peeettt pooott,peettttt,boleh pecah eardrums. And if mak menjerit,boleh bergegar isi perut. Silap gaya, tingkap pun boleh tercabut... And if mak takde, BangZaiiiiii!!! MerdeKa!!! FreeDoMmmmmm!!! Can do whatever!!!
Boleh main bleyblade sampai senja, boleh tido rumah kawan, boleh Chatting sampai nak terkeluar biji bola mata, boleh bergayut kat talipon ngan "dear" sampai subuh and paling shiookkk, boleh ponteng solat!!

But, the happiness does not long last. Masuk hari ke-2 dah terasa kehilangan. Sepi betul rasanya bila tak mendengar leteran mak. Rumah jadik sesepi-sepinya cam "haunted village". Pada ketika itulah baru kita sedar bahawa leteran mak yang seperti murai, sebenarnya penyeri rumah. Tanpa leteran itu, semunya seperti MATI...

Without mum, hidup ni tak ada cabaran, not challenging, no suspense.Balik kul braper pun, takde orang nak membebel, takde orang nak pulas telinga. Our life graph becomes very the monotenous, then we realised, jari jemari mak yang suka cubit dah memiat telinga rupanya menjadikan hidup lebih bermakna.

Pendek kata, biarlah mak membebel sepanjang hari. Biarlah dia menjentik telinga. Tanpanya, hidup tidak berseri dan tak bererti. Demikianlah besarnya erti seorang EMAK, IBU, UMMI, MUMMY, MAMA in our life!!

Kau Isteri Ku....

Bezanya antara ibu zaman dulu dengan ibu zaman skarang ... Ibu
sekarang tidak mencubit atau memiat telinga anak-anak. Itu mungkin
one of the reason why anak-anak tak berapa takut and at times, hanya
memekakkan telinga setiap kali ibu memberi "ceramah percuma". Mungkin anak-anak tak terasa kehilangan or boleh jadi melompat keriangan bila ibu takde kat rumah (for instance if she's gone for a short holiday). Budak-budak sekarang ramai kawan,banyak caranya mereka mengisi waktu. They will go for movies, clubbing, or most to most lepak kat happening places.. As for me is different,if my wife is not at home, rumah boleh jadik porak peranda. Memang true, jika isteri ada dirumah, kepala slalu pening. Pantang kalau isteri ada kat rumah and i'm off duty, sure at times boleh membuat kepala berserabut.

Kalau madame takde kat rumah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat apa yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dah fizikal. Pendek kata,FreeeDoMmmmmlah!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning "She's Gone", aku pulak terasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiookkkk, no once shouting from the kitchen for help, no one to komen this and that, no one to criticise. Everything will be smooth...Tapi, masuk hari ketiga,i felt something is missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau 'assshheemmmm', tak tahu mana nak carik yang baru. Colgate gigi dah abis, tak tahu kat mana dia stock up. Air suam dah abis, malas nak boil... Masuk hari ke-4, rindu mula terasa.

Eventhough kat office,ramai yang cun melecun, wajahnya yang dah ditatap sejak tarikh bernikah itu juga yang mengetuk pintu hati. Memang lah dia tak se-cun SITI NURHALIZA but the smile yang ikhlas, forever melekat kat hati and sukar ada pengganti.

Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pun jadik tak best. Nasik bungkus faberite jadik tak faberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA.

Lebih-lebih lagi bila laundry basket dah makin bertimbun ngan baju kotor, fresh sluar dalam pun dah abis utk dipakai. Toilet dah mula licin berdaki...lantai dahm berbelak, tak dimop...Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly... bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian.

Jangan kata sebulan atau setahun.... belum seminggu isteri takde katrumah,aku dah terasa separuh pengsan. Bila bersendirian begini,dan terasa malam begitu dingin, barulah kita sedar betapa pentingnya seorang wanita bernama isteri...So guys out there... jgn buli isteri kita. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dorang ni sumer kuli ke?! Maid ker?!! Kan dia tubini kita, best fren kita, sweetheart kita... Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia seumur hidup??!!

And furthermore, kan sama2 keja carik rezeki, sama jugak lah buat keja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita. Dah ler satu hari keja kat office, balik kena buat keja rumah lagi... penat tau!!

Kalau aku lah diberi peluang jadik seorang wanita... tak rela!!!
So to all mums and wives out there... life will be meaningless without
You mothers)....uuwaaaaaaaa!! sayangi la kaum perempuan krn tanpa
Mereka anda kehilangan sesuatu,hargai mereka!!!!

sayangi lah abah kita..huhuhu..

20/04/2011 - Rabu

Sharing is Caring..


--------AYAH--------♥

Mungkin ibu lbh kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tp tahukah kita, sebenar nya ayah lah yg mengingatkan ibu utk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tp tahukah kita bhw sebaik saja ayah pulang bekerja dgn wajah yg letih ayahlah slalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian ?

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jgn minum ais!".Tp tahukah kamu bahwa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dgn tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bhw ayah hanya ingin menjaga kita? Krn bagi ayah, kita adlh sesuatu yg sangat berharga.

Saat kita sudah d percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melangar kpercayaan nya...Maka ayah lah yg setia menunggu kita di ruang tamu dgn rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah mghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, utk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adlh org pertama yg berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dngan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayahpun tersenyum bahagia..
Apa kita tahu,bhw ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?
Ayah menangis krn ayah sangat bahagia..Dan diapun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita brsma cucu-cucunya yg sesekali dtg utk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yg tak lagi kuat untuk menjaga kita..

(sebarkan jika kita sayang kepada ayah kita)

Ɩ♥ѵӗ U ayah ({})♥

Wednesday, 20 April 2011

semoga as tabah..

18/04/2011 - Isnin

selalunya..aku akan terjaga 2-3 kali waktu tidur..coz baby alisha tarik-tarik..sambil "mama..nenen..mama..nenen.."..hehehe..cute kan? then, sambil-sambil alisha melayan tekaknya tu..ibu akan menggodek-godek bb, tengok FB lah..BW lah..sampai alisha tidur semula..tapi nak dijadikan cerita..sebelum tidur tu, aku telan sebiji pil selsema..so memang tak sedar lah bila alisha buka sendiri and 'nenen' sendiri..sangat bijak tau itu baby..baru 9 months tau..

pagi after solat subuh, tengok bb..masya ALLAH..ada sms dari seorang sahabat masuk jam 3.56 am tau..

as : abg norizam dah meninggal..
aku : innalillahhiwainnailaihirojiun..tapi sapa abg norizam tu as?
as : suami aku..
aku : al-fatihah..hah'..ko kat mana la ni as..kebumi kat mana?
as : aku kat hkl..kebumi kat bruas..

aku terus call dia, and dia still kat bilik jenazah..aku bagitau kat dia..aku nak pegi sana..tapi dia kata kalau menyusahkan, tak apa lah..tapi..hati seorang sahabat..tak sampai hati rasanya nak biarkan as sorang-sorang hadapi saat kehilangan suami tercinta seorang diri..aku call encik izam, nasib baik encik izam masih dalam kawasan bukit subang..so dia patah balik ambil aku and kitaorg pun bergegas ke hkl..tapi..tau-tau lah pagi-pagi kan..peak hours tu..semua jalan menuju ke KL jammed giler!!!

sampai je kat hkl..jenazah dah dibawa ke masjid yang dekat medan selera kampung baru tu..dah siap dimandikan dan dikapankan..aku terus cari as..nampak aku je..as terus peluk aku..aku terkedu, tak terkata apa..aku temankan as sampai van jenazah sampai dan dibawa ke kampung arwah untuk dikebumikan..tak ada apa yang boleh aku kata kan as..hanya kata-kata semangat je..berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..


gambar ehsan dari blog purplelicious-love..TQ eida!!!



Sharing is Caring

  • semoga engkau tabah as..tabah dan kuat untuk menghadapi hari-hari yang mendatang tanpa insan tersayang di sisi kau..
  • engkau kena kuat as..demi alip dan anak dalam kandungan kau..
  • semoga alip membesar menjadi anak yang soleh dan bertanggungjawab untuk menjaga ibu dan adik nya nanti..
  • as..semua yang berlaku sudah ditentukan dan dah tertulis..kita sebagai hambaNYA kena terima dengan redha..walaupun berat dan amat payah..tapi DIA yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNYA..
  • ingat lah as..jangan malu dan segan kalau kau memerlukan apa-apa bantuan..just tell me..insyaALLAH apa yang aku boleh bantu..aku akan bantu..apa gunanya sahabat kan..
  • semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yg beriman..AMIN..

alisha dah pandai...

17/04/2011 - Ahad

weekend hari tu..turn kitaorg balik kampung encik izam..kitaorg memang mengamalkan amalan demokrasi gitu..hehehe..balik kampung ikut turn tau..lagi sekali..IKUT TURN..memang dah termaktub dalam MOU masa sebelum kitaorg kahwin dulu tau..wakakaka..

so..this week turn balik rantau lah..kampung encik izam..bila balik rantau..anak-anak manja ibu suka mandi 'kolam'..main beskal..coz derang tak ada geng..cuma mereka bertiga saje..kesian kan..sib baik ada kolam and beskal sorang satu..leh lah derang main-main tuk habis kan hujung minggu tu..di samping dilayan oleh mak tok and tok ayah nya..

hari ahad tu..masing-masing dah sibuk suh abah buka 'kolam' tu..tak nak breakfast..celik-celik mata je dah nak minta mandi 'kolam'..kesian..almaklum, kat rumah sendiri tak ada space nak mandi 'kolam' kan..bila abah dah buka 'kolam'..bukan along and angah je yg suka..si baby alisha lak yg over excited..tak caya??? ce tengok..ce tengok..hehehe..


syiok nyeeeeeeeeeee alisha main air!!!..


tengok tu..duk sibuk dengan pink basket dia..


aloang and angah pulak yang over tau..


alah hai..cute tak baby alisha dah pandai main dengan along and angah..


haip along..jangan lah buat baby alisha camtu..kesian dia tau..


habis baby alisha kena buli dengan along and angah..


eh eh..along and angah lak yang lebih-lebih posing nih..hehehe..

Thursday, 7 April 2011

acik bring joyyyyyyyyyy..

03/04/2011 - Ahad

lama gak tak jenguk blog yang satu ni..tak tau nak tulis or share apa..al-maklum, zue ni bukan ke tahap blogger yg tegar lagi..hehehe..baru amatur gitu..one more thing..kekangan masa..last week amat-amat bz kat office..tak sempat nak update blog pun..audit time!!!

this week pun still bz..tapi di hari last for this week, zue luangkan gak lah sikit masa nak update blog ni..takde lah dia bersarang camtu je nanti..last sunday, my sis yang duduk dengan my brother kat ampang tu mai umah..dia nak hantar barang-barang hantaran dia..insyaALLAH kalau tak ada aral..wedding dia in early june nanti..semoga semuanya berjalan lancar..one thing about my sis yang sorang ni..dia kalau mai umah zue..suka bawa 'apa-apa' (perkataan yang syahmi suka guna..). kali ni dia datang bersama...jeng jeng jeng!!!



Family Breakfast meal set!!! suka lah si along + angah tu..


ada..2 cup of Milo, Sausage McMuffin with egg, Hash Browns, and Soft Fluffy Hotcakes! 



dia bukan bawak food aje tau..ada lagi yang dia bawa tuk anak-anak buah kesayangan dia ni (eceh..bajet anak buah kesayangan aje kan..tu tanda-tanda nak suh acik beli lagi 'apa-apa' tu..hehehe..)..nak tau apa lagi yang acik bawak tuk anak-anak manja ibu nie..

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

 hah!!! acik bawak apa lagi tu???


acik bawak baju lah..this one for along!!! TQ acik!!!


comel tak? acik cam tau-tau je angah like red and pink!!! TQ lagi acik!!!


wah!!! acik nak suh alisha pakai naun (gaun) ye..cute sangat-sangat..TQ acik!!! nanti boleh beli lagi..hehehe..


Sharing is Caring..
  • air dicincang takkan putus..betul lah kata pepatah tu kan..so, tak rugi berbudi sesama adik beradik dan keluarga..bukan nya mengharapkan balasan..tapi, orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa..bagi banyak-banyak lagi ye acik..hehehe..
  • tapi kena ingat..ada ubi ada batas, ada hari boleh balas..so, kena ingat lah zue..bila acik dah ada anak nanti..jangan lah buat-buat lupa..kuang kuang kuang..