CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

termeterai ikatan suci bersama encik izam tercinta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

kehadiran putera sulung ku ke dunia..

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

kehadiran puteri pertama melengkapkan kehidupanku..

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

hidup ku bertambah ceria dengan kehadiran puteri ke-2..

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Wednesday 20 April 2011

semoga as tabah..

18/04/2011 - Isnin

selalunya..aku akan terjaga 2-3 kali waktu tidur..coz baby alisha tarik-tarik..sambil "mama..nenen..mama..nenen.."..hehehe..cute kan? then, sambil-sambil alisha melayan tekaknya tu..ibu akan menggodek-godek bb, tengok FB lah..BW lah..sampai alisha tidur semula..tapi nak dijadikan cerita..sebelum tidur tu, aku telan sebiji pil selsema..so memang tak sedar lah bila alisha buka sendiri and 'nenen' sendiri..sangat bijak tau itu baby..baru 9 months tau..

pagi after solat subuh, tengok bb..masya ALLAH..ada sms dari seorang sahabat masuk jam 3.56 am tau..

as : abg norizam dah meninggal..
aku : innalillahhiwainnailaihirojiun..tapi sapa abg norizam tu as?
as : suami aku..
aku : al-fatihah..hah'..ko kat mana la ni as..kebumi kat mana?
as : aku kat hkl..kebumi kat bruas..

aku terus call dia, and dia still kat bilik jenazah..aku bagitau kat dia..aku nak pegi sana..tapi dia kata kalau menyusahkan, tak apa lah..tapi..hati seorang sahabat..tak sampai hati rasanya nak biarkan as sorang-sorang hadapi saat kehilangan suami tercinta seorang diri..aku call encik izam, nasib baik encik izam masih dalam kawasan bukit subang..so dia patah balik ambil aku and kitaorg pun bergegas ke hkl..tapi..tau-tau lah pagi-pagi kan..peak hours tu..semua jalan menuju ke KL jammed giler!!!

sampai je kat hkl..jenazah dah dibawa ke masjid yang dekat medan selera kampung baru tu..dah siap dimandikan dan dikapankan..aku terus cari as..nampak aku je..as terus peluk aku..aku terkedu, tak terkata apa..aku temankan as sampai van jenazah sampai dan dibawa ke kampung arwah untuk dikebumikan..tak ada apa yang boleh aku kata kan as..hanya kata-kata semangat je..berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..


gambar ehsan dari blog purplelicious-love..TQ eida!!!



Sharing is Caring

  • semoga engkau tabah as..tabah dan kuat untuk menghadapi hari-hari yang mendatang tanpa insan tersayang di sisi kau..
  • engkau kena kuat as..demi alip dan anak dalam kandungan kau..
  • semoga alip membesar menjadi anak yang soleh dan bertanggungjawab untuk menjaga ibu dan adik nya nanti..
  • as..semua yang berlaku sudah ditentukan dan dah tertulis..kita sebagai hambaNYA kena terima dengan redha..walaupun berat dan amat payah..tapi DIA yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNYA..
  • ingat lah as..jangan malu dan segan kalau kau memerlukan apa-apa bantuan..just tell me..insyaALLAH apa yang aku boleh bantu..aku akan bantu..apa gunanya sahabat kan..
  • semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yg beriman..AMIN..

1 comment:

Pepel BoNda AmaNi said...

baca sambil nangis..huhuhu semoga k.as tabah..menghadapi ujian dari ALLAH nie