15/07/2010 - Khamis
yesterday actually my last maternity check-up kat Klinik Bersalin An-Nur..so aku pun pegi lah cam biasa ngan encik izam..doktor tanya, ada apa-apa tanda tak? aku kata lah so far lum ada tanda lagi pun..
doktor pun buat lah keja dia cam biasa..dia check sini, check sana..and...guess what??? pintu dah buka 4cm!!! waduh-waduh..doktor suh aku duk wad dah..tak leh balik umah dah..alah mak!!! aku tak ready lagi..walaupun actually nya due date aku lagi 2-3 hari, which is on 17/07/2010..tapi encik izam dah tak berani nak bawak aku balik..so dia kata better ikut advice doktor..masuk je wad tu..huhuhu..takutnya!!! walaupun ini kali ke-3 aku nak melahirkan..
yg bestnya..encik izam tanya..sebelum awak bersalin ni..apa last wish awak..takut kalau tak dapat, nanti anak keluar air liur je..hehehe..aku bgtau lah kat dia.."saya nak sate hj samuri!!!"..kihkihkih..takkan nak pegi kajang lak kan, dalam keadaan pintu dah bukak 4cm..sib baik encik izam berfikir dengan pantas.."jom kita pi kompleks PKNS"katanya.."nak buat apa kat sana? orang nak makan sate hj samuri.." rupa-rupa nya..kat kompleks PKNS dah ada branch sate hj samuri lah..perrrggghh..terus aku ajak dia pi sana..
dalam keadaan contraction dah bermula tu..aku gagahkan jugak pi kompleks PKNS..makan sate hj samuri tu..puas aku makan..baru balik klinik semula..
dalam pukul 12.30am++ , aku rasa contraction aku makin kuat..tapi aku tahan-tahan kan jugak..coz aku tak nak duduk kat labor room lama sangat..last2 pukul 1.00am++, aku minta tolong encik izam panggil nurse..aku dah tak tahan..so nurse pun bawak aku pi labor room..dalam pukul 1.30am++ water bag aku pecah..doktor sampai dalam pukul 2.00am++, dia induce aku bagi jalan bukak lagi cepat..punya lah aku kesakitan..orang-orang yang pernah rasa je tahu kan..so dalam pukul 2.27am lahirlah puteri ke-2 ku..
hehehe..jam 9.30am aku dah bukak FB thru my blackberry..and post kat wall aku..
No comments:
Post a Comment