CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

termeterai ikatan suci bersama encik izam tercinta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

kehadiran putera sulung ku ke dunia..

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

kehadiran puteri pertama melengkapkan kehidupanku..

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

hidup ku bertambah ceria dengan kehadiran puteri ke-2..

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Sunday, 6 June 2010

ibu dan abah balik shah alam..

06/06/2010 - Ahad

hari ni kena balik shah alam semula..dalam pukul 11.00 pagi, afiqah tidur sat, so kami ingat nak balik senyap-senyap..tengah kemas-kemas..tup-tup dia sedar..aduihlah..tak jadi balik..si syahmi lah ni..dia boleh lak buat bising..sampai si afiqah terbangun..

tunggu punya tunggu..afiqah still tak nak tidur lagi..sampai dekat pukul 1.00 ptg, ibu and abah terpaksa juga ambil keputusan balik shah alam walaupun afiqah tak tidur lagi..syahmi sempat berpesan pada aku.."ibu..nanti ibu jangan nangis macam hari tu tau.." alah hai anak ibu..sayu hati ni..coz last week masa dalam kereta on the way balik shah alam..syahmi nampak aku meraung, coz terpaksa tinggalkan afiqah di kampung..so kali ni dia pesan awal-awal kat ibu..dia takut ibu nya nangis cam hari tu..

ibu and abah terpaksa gak tinggalkan afiqah walaupun dia tak tidur..dia peluk kaki ibu, merayu nak ikut..aduihlah sayang..ibu terpaksa balik sayang..ibu and abah kena kerja sayang..nanti jumaat kita jumpa lagi ye sayang..

waktu ibu and abah tinggalkan anak-anak..ibu tengok afiqah macam tak merelakan kami balik shah alam..afiqah nak ikut..afiqah meraung sekuat hati..afiqah tak faham lagi..tapi syahmi dah faham..dia hanya melambaikan tangan..matanya merah bergenang..tiba-tiba meleleh air matanya..tapi dia senyap je..dia kata kat afiqah.."adik..jangan lah nangis, ibu dengan abah nak work..nanti ibu dengan abah balik lah tengok kita..nanti ibu dengan abah belikan kita baju..aiskrim..tapi adik jangan lah nangis.." aduihlah syahmi..sekecil 5 tahun dah faham apa yang berlaku..bijak sungguh anak bujang ibu ni..

sampai shah alam lebihkurang jam 8.00mlm..terus call kampung..syahmi yg jawab.."abah ye..adik..adik..abah call..adik nak cakap dengan abah tak?" dia terus pass telefon kat afiqah..dengar suara afiqah ceria je..mungkin ada syahmi..so afiqah tak terasa sangat lah keseorangan..berborak dengan syahmi dan afiqah..sejuk sikit rasa hati..kedua-dua anakku ceria di kampung..

No comments: