CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

termeterai ikatan suci bersama encik izam tercinta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

kehadiran putera sulung ku ke dunia..

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

kehadiran puteri pertama melengkapkan kehidupanku..

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

hidup ku bertambah ceria dengan kehadiran puteri ke-2..

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Monday, 7 June 2010

lega rasa hati..

07/06/2010 - Isnin

bangun pagi..aduih lah..sunyi nya hidup ku tanpa dua orang permata hati ku..tapi nak buat caner kan..dah takdir..terpaksa akur dengan keadaan..

lebihkurang jam 10.30 pagi, aku call kampung..bercakap dengan afiqah..alhamdulillah..afiqah kini dah nak bercakap dengan ibu..dia kata along pergi rumah mizi..ewah2 syahmi..baru sehari duduk kampung, dah pandai pergi main kat rumah orang ye..tapi tak apa lah, bukan rumah sapa pun..rumah atuk saudara nya juga..

alhamdulillah..terima kasih ALLAH..syahmi dan afiqah boleh bawa diri di kampung..ibu harap anak-anak ibu tak bergaduh ye..syahmi jaga afiqah baik-baik tau..ibu sayang dua-dua anak ibu..

jam 8.30 mlm..aku call kampung..syahmi yang jawab..then aku bagitau kat dia, yg ibu dah jumpa 'bakugan' dia..seronok bukan kepalang..the dia pass telefon pada afiqah..afiqah kata "ibu..iqah tak nakal kat kg..iqah tak nangis lagi.." sayu hati ku..then aku tak pasti samada syahmi atau afiqah..coz suara mereka seakan sama dalam talian..dia berpesan pada ku.."ibu..ibu jaga diri ibu baik-baik tau.." masyaALLAH..anak-anak ibu..bijak nya..siap berpesan pada ibu supaya jaga diri ibu baik-baik..insyaALLAH nak..ibu akan jaga diri ibu baik-baik..tak sabar rasanya nak jumpa anak-anak kesayangan ibu..wajah kesayangan hamba..

2 comments:

Noo said...

hehe..untung kak zu, dpat anak2 yg cerdik dan petah berkata2:p

zue said...

alhamdulillah noor..akak bersyukur sangat-sangat..