CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

termeterai ikatan suci bersama encik izam tercinta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

kehadiran putera sulung ku ke dunia..

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

kehadiran puteri pertama melengkapkan kehidupanku..

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

hidup ku bertambah ceria dengan kehadiran puteri ke-2..

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Friday, 14 January 2011

dugaan datang lagi..

24/09/2010 - Jumaat


rasa sangat2 kecewa..namun tetap redha dengan ketentuanNYA.. :-(

    • Nurul 'Ain Ghazali apa cerr,,?
      September 24, 2010 at 11:24pm · 

    • Zuliana Binti Mohd. Saini sabar lah wahai hati..pasti ada hikmah disebaliknya..sesungguhnya ALLAH tak kejam..DIA tahu apa yg terbaik untuk kita..semuanya telah diatur dengan cukup elok olehNYA..
      September 24, 2010 at 11:26pm ·  ·  1 person

    • Nurul 'Ain Ghazali ui..ngapo ni...
      September 24, 2010 at 11:26pm · 

    • Zuliana Binti Mohd. Saini huhuhu..monday nanti akak cerrrr kat ahli kongres ye..huahuahua..
      September 24, 2010 at 11:32pm · 

    • Nurul 'Ain Ghazali aduihla...awat la huahuahua nie...sabaq sabaq...-->den xsabaq nk dgr nih
      September 24, 2010 at 11:34pm · 

    • Zuliana Binti Mohd. Saini tgh sabaq lah ni nuyui oooiii..slow2 je air mata ku ini mengalir..huhuhu..
      September 25, 2010 at 12:03am · 

    • Nurul 'Ain Ghazali adudududuuu,,,jgn a menitiskan ayo mato plak...huhu
      apa le kes aakak ni...

      September 25, 2010 at 12:16am via  · 

    • Fardahila Omar kenapa plak ni kak ana?? dugaan pasal ape?
      September 25, 2010 at 12:23am · 

    • Zafirah Mohd Saini pe yg terjadi k.ana?
      September 25, 2010 at 12:28am · 

    • Setia Kasih nape li.......
      September 25, 2010 at 12:30am · 

    • Zuliana Binti Mohd. Saini 

      nuyui, along n pah : takpe2..sekadar luahan perasaan yg tak tertanggung..tapi masih mampu redha dengan ketetapanNYA..

      adik : k ana akan sentiasa ingat kata2 adik.."janganlah berputus asa ketika menghadapi kesusahan..kerana titisan hujan yan...See More

      September 25, 2010 at 6:11am ·  ·  4 people

    • Hadzrati Abdul Karim nape zu....share2 laa...sharing is caring....
      September 25, 2010 at 9:52am · 

    • Zuliana Binti Mohd. Saini ntah lah ati..aku rasa tahun 2010 ni mmg tahun yg penuh dgn dugaan dan cabaran buat aku n izam..tapi insyaALLAH kami masih LA TAHZAN.. :-)
      September 25, 2010 at 10:37am · 

    • Hadzrati Abdul Karim xpe insyaAllah ada manisnya disebalik sume dugaan tuu...sabar bebyk ye...
      September 25, 2010 at 11:43am · 

    • Zuliana Binti Mohd. Saini insyaALLAH ati..bak kata mak cik aku..kena sabar yg amat2 sabar..anyway tak dilupakan,dlm menempuh pelbagai dugaan n cabaran 2010..ada gak terselit satu kemanisan bila lahirnya puteri kedua aku..Nur Diyanah Alisha yg sihat + sempurna + comel..alhamdulillah..syukur pada ALLAH :-)
      September 30, 2010 at 3:34am · 

1st day berkhidmat semula..

20/09/2010 - Isnin


hari ni 1st day masuk keja setelah 2 bulan berehat di rumah..sangkut dalam kesesakan jalanraya..alangkah bestnya cuti 2 bulan hari tu..tak payah fenin2 nak redah sesak2 gini..huhuhu.. :-(

along and angah buat perangai..

19/09/2010 - Ahad

Open house kat rumah old school mate encik izam..

Selamat Rari Raya Aidilfitri!!!

10/09/2010 - Jumaat







Iftar ex-DIA, UiTM Arau 96-99

04/09/2010 - Sabtu

Iftar with ex-DIA, UiTM Arau 96-99

Iftar with Espians!!!

02/09/2010 - Khamis

Iftar with Espians..

7th Anniversary!!! Alhamdulillah..

30/08/2010 - Isnin

tanggal 30.08.2010 genap 7 tahun usia perkahwinan kami.."Terima Kasih" abang atas segala-galanya..ayang sangat bahagia disamping abang dan anak-anak kita..semoga ikatan ini berkekalan hingga ke Syurga..AMIN..

hahaha..kesian en izam..

04/08/2010 - Rabu

tetiba rasa cam cepatlah habis pantang.kesian encik izam..semalam dah bersuara "cepatlah awak habis pantang yang,tak syok lah tiap-tiap minggu kena shopping barang dapur sorang-sorang,buat tu sorang-sorang,buat ni sorang-sorang..baju raya kita, anak-anak pun lum beli..aduih lah.." hehehe..tau pun betapa pentingnya insan yg bernama isteri.. :-)

ini sangat tidak adil!!!

29/07/2010 - Khamis

sakitnya hati aku!!! dah sah-sah maid tu buat salah,melarikan diri and overstay..tapi pihak polis tak boleh charged dia bersalah??? pihak pendakwaraya pulak jatuh hukum dia dibebaskan??? pihak imigresen pulak lepas tangan??? tak nak buat penahanan??? apa ni??? sebab tu lah PATI la ni makin ramai kat malaysia,derang makin berani illegally duk sini..coz agensi kerajaan buat tutup mata je!!! arrrrrrgggghhhh geramnya aku!!!

pandai-pandai tupai melompat..

27/07/2010 - Selasa

alhamdulillah..berkat doa org teraniaya cam kami ni..maid yg 'kabur' berjaya ditangkap polis sabtu lepas..atas bantuan seorang hamba ALLAH yg tak dikenali,memberi maklumat di mana maid itu berada..syukur ya ALLAH, puas hati kami..

Nur Diyanah Alisha melihat dunia..

15/07/2010 - Khamis

yesterday actually my last maternity check-up kat Klinik Bersalin An-Nur..so aku pun pegi lah cam biasa ngan encik izam..doktor tanya, ada apa-apa tanda tak? aku kata lah so far lum ada tanda lagi pun..

doktor pun buat lah keja dia cam biasa..dia check sini, check sana..and...guess what??? pintu dah buka 4cm!!! waduh-waduh..doktor suh aku duk wad dah..tak leh balik umah dah..alah mak!!! aku tak ready lagi..walaupun actually nya due date aku lagi 2-3 hari, which is on 17/07/2010..tapi encik izam dah tak berani nak bawak aku balik..so dia kata better ikut advice doktor..masuk je wad tu..huhuhu..takutnya!!! walaupun ini kali ke-3 aku nak melahirkan..

yg bestnya..encik izam tanya..sebelum awak bersalin ni..apa last wish awak..takut kalau tak dapat, nanti anak keluar air liur je..hehehe..aku bgtau lah kat dia.."saya nak sate hj samuri!!!"..kihkihkih..takkan nak pegi kajang lak kan, dalam keadaan pintu dah bukak 4cm..sib baik encik izam berfikir dengan pantas.."jom kita pi kompleks PKNS"katanya.."nak buat apa kat sana? orang nak makan sate hj samuri.." rupa-rupa nya..kat kompleks PKNS dah ada branch sate hj samuri lah..perrrggghh..terus aku ajak dia pi sana..

dalam keadaan contraction dah bermula tu..aku gagahkan jugak pi kompleks PKNS..makan sate hj samuri tu..puas aku makan..baru balik klinik semula..

dalam pukul 12.30am++ , aku rasa contraction aku makin kuat..tapi aku tahan-tahan kan jugak..coz aku tak nak duduk kat labor room lama sangat..last2 pukul 1.00am++, aku minta tolong encik izam panggil nurse..aku dah tak tahan..so nurse pun bawak aku pi labor room..dalam pukul 1.30am++ water bag aku pecah..doktor sampai dalam pukul 2.00am++, dia induce aku bagi jalan bukak lagi cepat..punya lah aku kesakitan..orang-orang yang pernah rasa je tahu kan..so dalam pukul 2.27am lahirlah puteri ke-2 ku..

hehehe..jam 9.30am aku dah bukak FB thru my blackberry..and post kat wall aku..





Alhamdulillah..selamat melahirkan bayi perempuan yg sihat,jam 2.27pg hari khamis 15/07/2010
seberat 3.23kg secara normal..Syukur Ya ALLAH.. :-)

encik izam dapat job offer!!!

08/07/2010 - Khamis

iye..iye..sesungguhnya..setiap dugaan itu datang ada hikmahnya..kita tak boleh nak menafikan nya..walaupun agak perit nak telan..tapi kena telan and redha jugak..

macam-macam dugaan melanda kami..tapi hari ni..encik izam dapat good news!!! dia dapat job offer kat tempat baru..which is better better offer!!! but now..encik izam sudah fenin..dia rasa sayang pulak nak tinggalkan SIME DARBY kesayangan dia tu..al-maklum, dah hampir 10 years dia kat situ kan..apa-apa pun..aku minta dia buat solat sunat istikharah..minta petunjuk hanya pada ALLAH..insyaALLAH semoga diberi petunjuk dariNYA..

Thursday, 13 January 2011

heppi besday zue!!!

07/07/2010 - Rabu

uishhh..lama nya aku tak menjengok blog ku ini..dekat sebulan jugak kan..al-maklum..bz mengajar dan mendidik maid ku itu..mmg sgt-sgt mencabar..tapi alhamdulillah..walaupun dia agak slow..tapi dia buat..and dia mendengar kata..dia tak melawan..dan yg paling penting..dia sayang syahmi and afiqah..dia jaga syahmi and afiqah cam dia jaga cucu dia sendiri..alhamdulillah..bersyukur pada ALLAH..

hari ni ada lah ulangtahun kelahiranku yang ke ??? hehehe..alhamdulillah ALLAH masih memanjangkan usia ku..

thanks to all the wishes, from my encik izam..adik beradik, sahabat handai, rakan taulan dan semuanya lah..aku paling suka pada satu wish ni..from
my very old classmate..tq pah a.k.a labu..

Assalammualaikum... Doa ku untuk mu... sahabat
Ya Allah ...Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat ....Ya Muhaimin ..Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu ....Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu. Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.Ya Allah ...Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjangmenyeru manusia kejalan-Mu.. Ya Allah ...kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak ... insya-Allah..

sikit je gambar yg leh di share kan kat sini..yang lain2 tu..tak seswai..hehehe..


my favorite cake!!! thanks encik izam!!!






potong kek ngan syahmi and afiqah..tapi nape syahmi monyok je tu?






lagi my favorite cake!!! thanks Espians!!!


l

thanks encik izam!!! muah muah muah!!! luv u!!!


1st day maid baru berkhidmat..

22/06/2010 - Rabu

hari ni hari pertama maid ku berada di rumah..walaupun agak slow, tapi takpe..yg penting dia mengikut kata..

banyaknya yg maid tu tak tau buat..tapi tak apa..aku sebolehnya bersabar..coz dia 1st time masuk malaysia..and 1st time jadi 'pembantu rumahtangga'..so aku kena accept lah..

satu persatu aku kena ajar dia..mmg agak mencabar..tapi sabar yg memang ke tahap maksimum..semoga dia boleh tahan dgn karenah syahmi and afiqah yg 'baik' sangat tu..

Thursday, 1 July 2010

dapat berita gembira..

21/06/2010 - Isnin

ntah kenapa hari ni encik izam malas sangat nak pegi keje..tak tau lah..coz dia letih kot..dia amik MC kat klinik razana..

pagi-pagi hantar syahmi pi school cam biasa..tapi afiqah tak school for the whole month ni..so dia ikutlah kami pi office aku..dengan encik izam pun pi office aku..aku buat kerja sikit, sampai kul 10 pagi camtu baru blah..

masa tgh tunggu encik izam amik MC kat klinik..tiba2 phone bunyi..suspens gak arr..sapa lak yg call..sekali tengok, maid agen yg call..aku apa lagi..cepat2 lah pick-up the call..bersyukur ku pada ALLAH..DIA maha mendengar keluhan hati ku..DIA tak kejam pada aku..agen tu kata ada sorang maid yg majikan dia pulangkan semula..kalau aku nak, aku kena amik dia malam ni jugak..so bila aku bagitau kat encik izam..dia kata jom lah amik sekarang jugak..takut kena sambar ngan org lain lagi..but agen tu kata kena amik malam nanti..

malam lepas maghrib..apa lagi..aku anak beranak pi ke tempat agen tu..nak amik maid tu lah..alhamdulillah, kali ni semua nya berjalan lancar..aku dapat maid tu..walaupun agak tua..tapi tak apa lah..sekurang-kurang nya dia boleh meringankan beban aku and encik izam..

bersyukur pada ALLAH..bersyukur sangat-sangat..terima kasih ALLAH..


Thursday, 24 June 2010

hidupku kembali ceria..

20/06/2010 - Ahad

harinya dah tiba..ibu nak bawak kedua-dua anak ibu balik shah alam..walaupun maid belum sampai..tak apa, ibu sanggup..demi anak-anak manja ibu..ibu tak mampu lagi nak menanggung rindu dendam pada anak-anak manja ibu..

pagi lagi syahmi and afiqah dah excited nak balik shah alam..dah mandi..berkemas..ish3..tak sabar-sabar nak balik rumah kita ye sayang..

masa balik..syahmi and afiqah salam peluk cium atok and nenek..nampak air mata atok mengalir keluar..aku paham..abah mungkin terasa sayu nak lepaskan cucu-cucunya balik..dah 3 minggu abah and emak jaga derang..dah rapat..tapi nak buat caner..aku pun tak boleh and tak mampu lagi dah nak berpisah dengan anak-anak manja aku tu..

sampai je kat rumah shah alam..syahmi terus berlari ke arah mainan-mainan dia..dia peluk-peluk, cium-cium mainan dia..ish3, macam lah lama sangat dia tinggalkan mainan-mainan dia tu..tapi hati aku sangat gembira bila anak-anak dah kembali ke rumah..hidupku ceria semula..

sayangnya anak-anak ku..

19/06/2010 - Sabtu

seronoknya dapat meluangkan masa bersama anak-anak tersayang..terubat rindu ibu pada anak-anak manja ibu ni..

afiqah nampaknya semakin manja dengan ibu..dia macam tak nak lepaskan ibu and abah..kemana je ibu and abah pegi..dia ikut..hehehe..dia takut kena tinggal lagi..tapi ibu dah bagitau kat syahmi and afiqah kan..kali ni ibu akan bawa dua-dua anak ibu balik shah alam..walau apa pun terjadi..ibu dah tak mampu menaggung rindu kat anak-anak manja ibu..percayalah sayang..

rindu terubat lagi..

18/06/2010 - Jumaat

yeyyyeyeyeyey..hari ni balik kampung..nak jumpa kedua-dua anak manja ku..rindu nya tak terkata..

dalam perjalanan..sampai pedas linggi kot..syahmi dah call..dia tanya "ibu..ibu kat mana ni, ibu balik kampung hari ni kan..ibu jumpa ami dengan adik kan?"..tak sabar dah anak ibu ye..dia kata lagi.."cepat lah sikit ibu..ami dengan adik dah lama tunggu ni.." hehehe..cian anak-anak manja ibu..tunggu ye sayang..kejap je lagi ibu sampai tau..

sampai je kat kg..syahmi and afiqah dah tunggu..alah hai..rindu nya ibu kat anak-anank manja ibu..syahmi and afiqah berkejar ke ibu and abah..kami berpeluk-pelukan..macam lah dah bertahun tak jumpa..hehehe..

syukur ya ALLAH..kami selamat sampai di kampung dan dapat berjumpa melepas rindu dendam kepada anak-anak tersayang..

Thursday, 17 June 2010

rindu anak-anak manja ibu..

17/06/2010 - Khamis

lagi sehari nak balik kampung..tak sabar rasanya nak jumpa anak-anak manja ibu tu..rindu serindu rindu nya..

ya ALLAH..aku di duga lagi..sedihnya..dugaan datang bertimpa-timpa..tapi apakandaya aku hanya insan yang lemah..aku redha lagi dengan ujian mu ini ya ALLAH..sesungguhnya ENGKAU tahu apa yang terbaik buatku sekeluarga..

ya ALLAH..sesungguhnya kurniakan lah yang terbaik buatku..aku redha ya ALLAH..sekiranya maid yang masuk kali ni bukan untukku..aku redha ya ALLAH..mungkin ada hikmah disebalik semua yang berlaku..tapi sekiranya dia adalah untukku..aku bersyukur ya ALLAH..cuma aku agak sedih..kerana aku nak ambil anak-anak dari kampung..aku dah tak tahan menanggung rindu kat anak-anak manja aku tu..aku ingat kalau dapat maid ni..bolehlah bawak syahmi ngan afiqah balik sini..tapi dah jadi camni..ntah lah..aku dah tak tahan..aku rindu sangat-sangat anak-anakku..syahmi..afiqah..ibu rindu sayang..ibu rindu sangat..

walau apa pun yang berlaku..aku akan tetap ambil anak-anakku..aku dah tak sanggup berpisah lagi..tak sanggup..biarlah tak dapat maid pun..aku akan tetap ambil syahmi dan afiqah..biarlah ibu susah, penat..tak apa..yang penting ibu dah tak sakit rindu kat anak-anak ibu..

syukur alhamdulillah bos bagi cuti rehat awal..ada hikmahnya aku bekerja di sini..walaupun gaji tak sehebat ketika aku bekerja di Sunway Group dulu..tapi hati aku lapang di sini..bos bagi aku cuti start next week..means aku boleh duduk rumah jaga anak-anak walaupun belum dapat maid..semua yang berlaku telah ditentukan olehNYA..sesungguhnya aku redha..berapa pun lagi dugaan dan ujian yang diturunkan kepadaku..aku harus redha..pasti ada hikmahnya..pasti ada kemanisan setelah aku lalui semua kepahitan dan kesulitan ini..tabahkan lah hati ku ini ya ALLAH..kuatkan lah semangatku untuk menghadapi saat-saat yang getir ini..aku redha ya ALLAH..

syahmi..afiqah..ibu rindu anak-anak ibu..

14 - 16/06/2010 - Isnin - Rabu

tak banyak yang dapat diluahkan..benda yang sama je tiap-tiap hari..call anak-anak kat kampung..ibu rindu syahmi and afiqah..syahmi and afiqah pun rindu and nak ibu..syahmi duk membilang hari..tak sabar nak tunggu ibu n abah balik kampung..tak sabar nak ball n "bolly pop" dia..nak yg macam kat airport katanya..

Wednesday, 16 June 2010

balik shah alam..huhuhu..

13/06/2010 - Ahad

huhuhu..tak puas lagi bermanja-manja dengan anak-anak..tapi dah kena balik shah alam..syahmi and afiqah sempat minta abah mandikan derang dulu..kesian..

dalam pukul 4.00 ptg, kami bertolak balik shah alam..tapi masa nak balik tu..tragis nya..anak-anak meraung tak bagi kami balik..afiqah siap cakap.."nak ikut ibu dengan abah balik cari bibik baru..bibik yang baik.." huhuhu..sedihnya..

Tuesday, 15 June 2010

afiqah dah berubah..

12/06/2010 - Sabtu

anak-anak manja sangat-sangat dengan ibu dan abah..kesian derang..5 hari tak jumpa..ada 2 hari je derang nak bermanja-manja camni..

kebetulan encik izam ada kenduri kahwin kat rumah kawan dia..so bawak lah anak-anak sekali..rasa macam dah lama sangat tak berjalan-jalan dengan derang..so layan kan aje apa kehendak derang..kesian rasanya..

mak dgn abah cerita pasal afiqah..derang kata afiqah dah berubah..

rindu terubat..

11/06/2010 - Jumaat

hari ni nak balik kampung..yeyyeyyeyeyeyey..nak jumpa anak-anak ibu sayang..

waktu lunch ibu pergi jusco sunway pyramid..ibu beli kan baju syahmi dengan afiqah..tak sabar rasanya nak jumpa anak-anak manja ibu tu..

malam sampai kampung..syahmi dan afiqah tak tidur lagi..derang tunggu ibu dan abah..nampak ibu dengan abah je..terus diterkam nya..kesian anak-anak ibu..

Monday, 14 June 2010

sabar lah sayang..

10/06/2010 - Khamis

cam biasa..kerja..kerja..kerja..pehtu call syahmi and afiqah kat kampung..rindu kat depa..sedih..sayu hati..aduih lah..ku harus tabah menghadapi hari-hari tanpa anak-anakku di sisi..

petang aku call ani (wife maid agen), tanya bila fandi (maid agen) akan masuk sini..coz katanya minggu ni..tapi bad news lah..coz ani kata jumaat minggu depan (18/06/2010) baru masuk..aduih lah..lambat lagi..kesian anak-anakku, lama lagi lah diaorang duduk kat kampung..ibu dah tak tahan rindu ni..

malam call syahmi dengan afiqah..abah balik lambat hari ni..so ibu call dulu lah..

syahmi : ibu, ibu kat rumah ke?
ibu : ha'ah sayang..
syahmi: ibu, abah belum balik lagi ke?
ibu : belum sayang..
syahmi : abah work late ke ibu?
ibu : iye sayang..abah ada meeting..ibu sorang2 kat rumah ni..ami tak kesian kat ibu ke?
syahmi : kesian..tapi kalau ibu sorang-sorang kat rumah, kenapa ibu tinggalkan ami dengan adik kat kampung, kenapa ibu dengan abah tak ambil ami dengan adik balik rumah kita kat shah alam..

aduih lah sayang..sedihnya dengar keluhan hati anakku yang baru je berusia 5 tahun tu..berderai air mata ku jatuh bercucuran..tak dapat menahan sebak dan sedih..

ibu : syahmi..syahmi kan tahu kenapa ibu dan abah terpaksa tinggalkan syahmi kat kampung..
syahmi : tahu ibu..
ibu : ibu dengan abah bukan sengaja sayang..tapi terpaksa..kita kan dah tak ada bibik..bibik kan dah lari..sapa nak jaga syahmi dengan iqah kalau ibu dengan abah pegi work..sapa nak tunggu syahmi dengan iqah balik school kat taman..ibu dengan abah tengah cari bibik baru untuk syahmi dengan iqah..
syahmi : iye lah kan ibu..sapa nanti nak masak untuk ami dengan adik kan ibu..
ibu : hah..tu lah tu..syahmi dengan adik sabar ye..duduk dulu kat kampung baik-baik..ibu dengan abah cari bibik baru untuk syahmi dengan iqah..
syahmi : ok ibu..

huhuhu..alah hai anakku..sabar lah sayang..ibu dengan abah pun kalau boleh tak nak berpisah dengan anak-anak..tapi keadaan kita yang memaksa kita terpisah sayang..sabar ye sayang..

Wednesday, 9 June 2010

anak-anak ibu yang bijak..

09/06/2010 - Rabu

call kampung..syahmi jawab.."hello, sapa ni?' alah hai..comel nya suara anak ibu..pehtu aku jawab lah..ibu ni sayang.."ibu ye..ibu..hari ni hari berapa ibu?" then aku jawab lah..hari ni hari three sayang..hari five nanti ibu balik jumpa ami ngan afiqah ye..then dia tanya lagik.."ibu, ini bulan berapa ibu?"..aku jawablah..bulan six sayang..then dia tanya lagi.."esok..esok..esok..bulan berapa ibu?" pehtu aku tanya lah dia..kenapa sayang tanya..dia jawab "bila nak bulan ten ni ibu?" ohho..dia nak tau bulan birthday dia lah tu..aku jawab lah..tak lama lagi bulan ten lah sayang..dia jawab "yeyyeeyyee..bulan ten birthday ami..ami nak kek spiderman besar bawak pegi school ye ibu.." aku jawab lah ok sayang..pehtu saja je aku tanya dia, nak tau dia ingat nak birthday ibu ngan abah dia ni.."ami..birthday ibu dengan abah bulan bila sayang.." dia leh jawab.."alah..ami kan tau..ami kan bijak..ibu bulan seven..abah bulan twelve..betul tak ibu?" hehehe..mmg ami anak yg bijak..alhamdulillah..

petang nya call kampung lagi..still syahmi yang jawab..cam biasa lah..dia happy sangat-sangat bila ibu call..pehtu dia pass phone kat adik dia..dia mmg abang yg amat-amat bertanggungjawab dan baik..walaupun umurnya baru 5 thun bulan 10 ni..tapi kualiti-kualiti tu aku dah nampak pada dirinya..dia banyak ikut kualiti abah nya..bayangkan lah..kalau dia ada makanan, sweet ke, biskut ke, coklat ke..even dia ada satu je..dia akan ingat kat adik dia..dia akan belah dua..dia selalu kata..kena share-share dgn adik kan ibu..then dia mmg dah boleh diharap..afiqah pulak yg selalu mengambil kesempatan..dia selalu kata.."along..tolong amikkan iqah itu..ini.." ish3 anak dara ibu ni..nasib baik lah along di baik..

bersambung kisah tadi, sebelum syahmi pass phone to afiqah..dia citer yg hari ni dia pergi rumah cik mizi lagi, dia main bola..pehtu dia makan tambah 4 kali..aduh anak ibu..seronoknya dia duduk kat kampung ye..then syahmi pass phone pada afiqah pula, afiqah kata.."ibu, nanti lepas ibu habis work..ibu balik kampung ye..iqah dah baik kat kampung..iqah tak nangis lagi..tadi iqah makan nasi dengan sup dengan kicap..abah mana ibu? iqah nak cakap dengan abah.." aku jawab lah abah ada meeting, tak dapat cakap dengan afiqah..pehtu dia jawab "nanti kalau abah dah habis meeting, ibu minta abah call iqah ye..iqah nak cakap dengan abah..ibu, abah dengan acik jaga diri baik-baik ye.." hehehe..bijak..bijak..baru 3 tahun dah petah berkata-kata anak dara ibu ni..



Monday, 7 June 2010

tabahkan lah hati ku ya ALLAH..

08/06/2010 - Selasa

ya ALLAH..rindunya kat anak-anak..bagaimana aku nak hadapi hari-hari mendatang tanpa mereka..berilah kekuatkan kepada ku ini ALLAH..berilah semangat kepadaku untuk menghadapi dugaan mu ini yaALLAH..sesungguhnya aku redha dengan segalanya..pasti ada hikmah disebalik semua yang berlaku..

lega rasa hati..

07/06/2010 - Isnin

bangun pagi..aduih lah..sunyi nya hidup ku tanpa dua orang permata hati ku..tapi nak buat caner kan..dah takdir..terpaksa akur dengan keadaan..

lebihkurang jam 10.30 pagi, aku call kampung..bercakap dengan afiqah..alhamdulillah..afiqah kini dah nak bercakap dengan ibu..dia kata along pergi rumah mizi..ewah2 syahmi..baru sehari duduk kampung, dah pandai pergi main kat rumah orang ye..tapi tak apa lah, bukan rumah sapa pun..rumah atuk saudara nya juga..

alhamdulillah..terima kasih ALLAH..syahmi dan afiqah boleh bawa diri di kampung..ibu harap anak-anak ibu tak bergaduh ye..syahmi jaga afiqah baik-baik tau..ibu sayang dua-dua anak ibu..

jam 8.30 mlm..aku call kampung..syahmi yang jawab..then aku bagitau kat dia, yg ibu dah jumpa 'bakugan' dia..seronok bukan kepalang..the dia pass telefon pada afiqah..afiqah kata "ibu..iqah tak nakal kat kg..iqah tak nangis lagi.." sayu hati ku..then aku tak pasti samada syahmi atau afiqah..coz suara mereka seakan sama dalam talian..dia berpesan pada ku.."ibu..ibu jaga diri ibu baik-baik tau.." masyaALLAH..anak-anak ibu..bijak nya..siap berpesan pada ibu supaya jaga diri ibu baik-baik..insyaALLAH nak..ibu akan jaga diri ibu baik-baik..tak sabar rasanya nak jumpa anak-anak kesayangan ibu..wajah kesayangan hamba..

Sunday, 6 June 2010

ibu dan abah balik shah alam..

06/06/2010 - Ahad

hari ni kena balik shah alam semula..dalam pukul 11.00 pagi, afiqah tidur sat, so kami ingat nak balik senyap-senyap..tengah kemas-kemas..tup-tup dia sedar..aduihlah..tak jadi balik..si syahmi lah ni..dia boleh lak buat bising..sampai si afiqah terbangun..

tunggu punya tunggu..afiqah still tak nak tidur lagi..sampai dekat pukul 1.00 ptg, ibu and abah terpaksa juga ambil keputusan balik shah alam walaupun afiqah tak tidur lagi..syahmi sempat berpesan pada aku.."ibu..nanti ibu jangan nangis macam hari tu tau.." alah hai anak ibu..sayu hati ni..coz last week masa dalam kereta on the way balik shah alam..syahmi nampak aku meraung, coz terpaksa tinggalkan afiqah di kampung..so kali ni dia pesan awal-awal kat ibu..dia takut ibu nya nangis cam hari tu..

ibu and abah terpaksa gak tinggalkan afiqah walaupun dia tak tidur..dia peluk kaki ibu, merayu nak ikut..aduihlah sayang..ibu terpaksa balik sayang..ibu and abah kena kerja sayang..nanti jumaat kita jumpa lagi ye sayang..

waktu ibu and abah tinggalkan anak-anak..ibu tengok afiqah macam tak merelakan kami balik shah alam..afiqah nak ikut..afiqah meraung sekuat hati..afiqah tak faham lagi..tapi syahmi dah faham..dia hanya melambaikan tangan..matanya merah bergenang..tiba-tiba meleleh air matanya..tapi dia senyap je..dia kata kat afiqah.."adik..jangan lah nangis, ibu dengan abah nak work..nanti ibu dengan abah balik lah tengok kita..nanti ibu dengan abah belikan kita baju..aiskrim..tapi adik jangan lah nangis.." aduihlah syahmi..sekecil 5 tahun dah faham apa yang berlaku..bijak sungguh anak bujang ibu ni..

sampai shah alam lebihkurang jam 8.00mlm..terus call kampung..syahmi yg jawab.."abah ye..adik..adik..abah call..adik nak cakap dengan abah tak?" dia terus pass telefon kat afiqah..dengar suara afiqah ceria je..mungkin ada syahmi..so afiqah tak terasa sangat lah keseorangan..berborak dengan syahmi dan afiqah..sejuk sikit rasa hati..kedua-dua anakku ceria di kampung..

afiqah buli abah..hehehe..

05/06/2010 - Sabtu

hari ni kat kampung..afiqah buli abah dia cukup-cukup..hehehe..semua pun dia nak "abah je..abah je.."..buat susu nak abah je..mandi pun nak abah je..makan nak abah je..semua abah, abah dan abah..kesian abah..


Thursday, 3 June 2010

afiqah..tunggu abah dan ibu ye..

04/06/2010 - Jumaat

kini hari nya telah tiba..petang ni after work, nak balik kampung..nak jumpa afiqah..ibu rindu awak sayang..afiqah tunggu ibu tau..jangan tidur dulu tau..

afiqah demam rindu..ibu pun sama..

03/06/2010 - Khamis

tak sedar dah petang..dah dekat pukul 6.00 ptg dah..baru teringat nak call afiqah..tadi busy sikit, tu yg tiba-tiba je dah petang..kesian anak ibu..

aku call afiqah, abah kata afiqah baru bangun tido..dia tak nak cakap lagi..marah lagi ke sayang..lama nya marah kat ibu..takpe sayang..esok ibu, abah and along balik kampung ye..kami pun rindu kat afiqah..esok kita jumpa ye sayang ibu..

emak pesan, esok kalau balik kampung, jangan lupa bawak ubat afiqah..aku tanya ubat apa? afiqah sakit apa? lah hai..anak ibu demam..abah kata demam rindu gamaknya..dah 4 hari tak jumpa ibu, abah n along..aduih lah anak ibu..sabar ye sayang..esok kita jumpa..kita memang tak pernah berjauhan..

malamnya..aku pulak yg terasa tak sedap badan..tekakku perit, selsema, sakit kepala dan badan dah rasa seram sejuk..ibu pun nak demam ke ni..encik izam kata, awak pun demam rindu anak ke? mau tak nya..dah 4 hari tak jumpa..rindu lah..

syukur alhamdulillah..

02/06/2010 - Rabu

hari ni dah ok sikit..tapi still rindu kat afiqah..bila ibu call, dia kata.."nak abah je..nak abah je.." bila dia dengar suara ibu, dia just "eerrmmm..eerrmm.." alah hai anak ibu..tak habis merajuk lagi ye..takpe2, jumaat ni ibu balik sayang..ibu dah tak tahan menanggung rindu kat afiqah..tapi ibu kena kuat nak..

hari ni schedule check-up kat Klinik Bersalin An-Nur..
syukur al-hamdulillah, doctor kata kepala baby dah ke bawah (dah turun)..terima kasih Ya ALLAH, kerana mendengar rintihan hati ku..terima kasih juga sayang, kerana mendengar kata ibu..

hari ni syahmi banyak termenung..bila ditanya kenapa..rupa-rupanya dia rindukan adiknya.."ibu..ami rindu iqah lah bu.." sambil bergenang air matanya..ibu tak sangka, sayang gak along kat adik ye..bila adik ada kat sini..asyik nak gaduh je..bila tak ada, rindu merindu pulak..dia simpan semua makanan yang abah beli..dia kata nak makan dengan adik kat kampung..bagus lah sayang..adik beradik kena saling sayang menyayangi tau..itu pesan ibu dan abah..along kena ingat selalu tau..dia angguk sambil tersenyum..